PENGENALAN
TENTANG TAJAU ATAU TEMPAYAN / INTRODUCTION OF JARS
Tajau merupakan artifak yang sangat terkenal dan bernilai
dalam kalangan masyarakat Iban. Bahkan penggunaan tajau salah satu budaya dan
warisan masyarakat Iban. Masyarakat Iban telah menggunakan tajau sejak kurun kesembilan.
Tajau, atau lebih dikenali sebagai tempayan, begitu sinonim dalam kalangan
masyarakat ini. Selain itu, tajau mempunyai sebutan lain, iaitu benda.
Tajau an artifact that is very famous
and valued in the Iban community. Tajau even use one of the Iban culture and
heritage. Iban community have been using tajau since the ninth century. Tajau,
or better known as the loggerhead, is synonymous in this community. In
addition, tajau has another name, namely objects.
Kewujudan tajau dapat dikesan
daripada kegiatan perdagangan pada zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.
Pada zaman tersebut, Sarawak telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan
kerajaan Melaka. Hasil hutan dan hasil laut Sarawak seperti lada hitam, emas,
sarang burung, halia, kapur barus dan permata telah didagangkan di pelabuhan
Melaka. Kemajuan kegiatan perdagangan di Sarawak ini menarik minat pedagang
asing dari Arab, China dan Kepulauan Melayu sehinggakan mereka berkunjung ke
perairan Santubong. Pedagang ini membawa barang seperti tembikar, barangan
logam, sutera, kain dan perhiasan ke Sarawak. Pedagang China telah membawa
tembikar untuk ditukarkan dengan barangan pedagang Sarawak dengan menggunakan
sistem barter. Inilah titik permulaan bagi masyarakat Iban yang menjadikan
tajau sebagai barang pelbagai fungsi sehingga mempengaruhi kehidupan seharian
mereka.
Tajau existence can be traced from
trading activities in the heyday of the Malacca sultanate. In his own time,
Sarawak had trade contacts with the state government. Forest products and
marine products such as Sarawak black pepper, gold, bird nests, ginger, camphor
and gems were traded in the port of Melaka. Development of trade activities in
Sarawak attracted foreign traders from Arabia, China and the Malay Archipelago
that they visited the waters Santubong. These traders brought goods such as
pottery, metal, silk, fabric and jewelry to Sarawak. China Merchants has
brought porcelain to be exchanged for goods merchant Sarawak using the barter
system. This is the starting point for the Iban who makes tajau as
multi-functional goods that affect their daily lives.
Tajau mempunyai pelbagai saiz dan ketinggian. Terdapat 12 jenis tajau yang
mempunyai nilai estetika yang tinggi dalam masyarakat Iban, iaitu tajau guchi (paling kecil dan
untuk guna-guna), tajau alas, tajau sergiu,
tajau ningka petanda,
tajau menaga,
tajau jabir, tajau menukul,
tajau panding,
tajau rusa, tajau singaraja,
tajau salang-salang dan tajau kelawah
indu benda (tajau legenda). Namun, setiap jenis tajau yang dianggap
paling tinggi nilainya di sesebuah kawasan adalah tidak sama kerana ia
bergantung kepada pengiktirafan atau pemahaman masyarakat setempat yang
mendiami sesebuah kawasan itu.
Tajau have different sizes and heights. There are 12 types of tajau which
have a high aesthetic value in the Iban, namely tajau guchi (the smallest and for
charm), tajau alas, tajau sergiu, tajau ningka markers, tajau menaga, tajau
jabir, tajau hammer, tajau panding, tajau deer, tajau singaraja, tajau beams
and tajau kelawah indu objects (tajau legend). However, each type tajau
considered the most highly valued in an area is not the same as it depends on
the recognition or understanding of local communities that inhabit an area.
PENGGUNAAN TAJAU DALAM MASYARAKAT IBAN / USE IN THE COMMUNITY
IBAN
Tajau
ini bukan sahaja digunakan oleh masyarakat Iban untuk menyimpan tuak malah digunakan sebagai upah kepada
manang iaitu pengamal perubatan
tradisional. Selain itu, tajau ini dianggap sangat bernilai dalam kalangan
orang Iban kerana pada masa dahulu tajau digunakan untuk membayar denda dan
membeli hamba.
Tajau
is not only used by the Iban to store wine and even used as a reward to manang
traditional healer. In addition, this tajau considered very valuable among the
Iban because in the past, tajau used to pay fines and buy slaves.
Tajau yang digunakan untuk menyimpan tuak |
Juga tajau yang digunakan menyimpan tuak, beras dan pelbagai barang berharga lain |
Tajau
juga merupakan harta yang sangat penting bagi orang Iban ekoran penggunaannya
sebagai pemberian ataupun cenderamata kepada anak angkat di majlis Gawai
Betembang anak angkat atau hamba. Hal ini kerana orang Iban amat mementingkan
hak kesamarataan dalam kelompok mereka.
Tajau
is also a very important property for the Iban people due to its use as a gift
or a souvenir to the foster child adoptions Betembang council clerk or servant.
This is because the Iban people are very concerned about equality in their
group.
Selain
itu, orang Iban telah menjadikan tajau sebagai keranda untuk menyimpan mayat bayi
atau kanak-kanak dan juga mayat orang dewasa sebelum dikebumikan. Dahulu, orang
Iban menggunakan tajau sebagai tempat menyimpan mayat atau tulang-tulang ahli
keluarga yang telah meninggal dunia. Semasa masih mengamalkan kepercayaan lama,
masyarakat Iban telah menyimpan tajau yang berisi mayat itu dalam tanah dan ada
juga di atas pokok yang tinggi. Terdapat juga segelintir masyarakat Iban yang
menyimpannya di dalam gua. Hal ini kerana mereka ingin memastikan bahawa mayat
atau tulang si mati tidak hilang dan sentiasa dijaga dengan baik. Namun,
tradisi itu tidak meluas dan hanya diamalkan di kampung-kampung tertentu sahaja.
In
addition, the Iban have made tajau as the coffin to keep a dead baby or
children and also adults corpse before burial. Formerly, the Iban using tajau
as a place to store the bodies or bones of family members who have died. While
still practice the old faith, the Iban have saved tajau containing the corpse
in the ground and there is also high in the trees. There are also a handful of
Iban store them in the cave. This is because they want to ensure that the
bodies or bones of the deceased are not lost and always well maintained.
However, the tradition was not widespread and only practiced in some villages
only.
Tajau yang berisi mayat |
Tajau yang digunakan untuk pengebumian |
Dapat dilihat dengan jelas tulang-tulang si mati dalam tajau tersebut |
Mengikut
amalan sesetengah masyarakat Iban, sebelum mayat si mati disimpan di dalam
sebuah tajau, mayat tersebut terlebih dahulu disimpan atau dibiarkan mereput
sehingga menjadi tulang di dalam sebuah gua. Apabila mayat si mati telah
menjadi tulang, maka ahli keluarga si mati akan memasukkan tulang-tulang
tersebut ke dalam tajau yang besar dan disusunkan dengan baik. Setelah selesai
menyusun tulang tersebut, tajau yang berisi mayat itu sama ada akan disimpan di
dalam gua, ditanam dalam tanah ataupun diletakkan pada pokok yang tinggi. Ia
bergantung kepada kepercayaan dan adat kelompok itu sendiri.
In
practice some of the Iban, before the bodies of the deceased were stored in a
tajau, the bodies are first stored or allowed to decay to become a bone in a
cave. When the corpse of the deceased has become a bone, then the family
members of the deceased will incorporate these bones into the large tajau and
well organized. When finished composing the bone, which contains the
bodies, tajau either be stored in a
cave, buried in the ground or placed on a tall tree. It depends on the beliefs
and customs of the group itself.
Namun
terdapat juga masyarakat Iban di mana mereka tidak membiarkannya mereput secara
semula jadi tetapi mayat si mati akan dibakar sehingga menjadi abu. Setelah mayat
si mati tersebut menjadi abu, maka ia akan disimpan di dalam tajau. Saiz tajau yang
digunakan bergantung kepada keperluan dan permintaan ahli keluarga si mati itu
sendiri.
But
there is also the Iban community in which they do not let it decompose
naturally, but the deceased's body will be burned to ashes. After the bodies of
the deceased to ashes, then it will be stored in tajau. Tajau size used
depending on the needs and demands of deceased family members themselves.
sumber:
1. Muzium of Asean Art, University of Malaya
2. Utusan Borneo, Mac 2014
3. Utusan Online, June 2012