Im following GOD!

Im following GOD!

Jumaat, 20 Mac 2015

Motif atau Corak Pua Kumbu

Pada kali ini, saya akan menerangkan motif-motif yang digunakan oleh wanita Iban dalam menghasilkan pua kumbu.

Sebelum itu, di bawah ini saya telah sertakan beberapa gambar pua kumbu.
 
Rajah 1 : Motif Manusia (Wanita Iban)

Rajah 2 : Motif Flora

Rajah 3 : Motif Flora

Ketiga-tiga gambar pua kumbu di atas merupakan kepunyaan saya dan keluarga. Pua kumbu tersebut telah ditenun oleh nenek moyang saya pada masa dahulu dan diwariskan kepada ibu saya. Terdapat banyak lagi pua kumbu milik kepunyaan nenek moyang saya namun beberapa daripadanya telah diwariskan kepada adik-beradik ibu saya yang lain.

Dalam gambar rajah di atas, anda dapat melihat sendiri motif-motif yang digunakan oleh penenun. Untuk pengetahuan anda juga, motif-motif yang digunakan oleh penenun bukanlah direka sesuka hati. Semua motif yang digunakan mempunyai maksud yang tersendiri dan bukan wujud atas idea-idea penenun semata-mata. 

Motif dan corak tertentu yang disulamkan dalam sesebuah tenunan itu hanya dihasilkan oleh penenun pakar yang dikenali sebagai Master Weavers. Hal ini kerana pua kumbu juga dikenali sebagai selimut rohani dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak, malah dipercayai memberi tenaga dan semangat kepada pemakainya berdasarkan corak yang dipilih.

Pua kumbu jenis sedemikian hanya ditenun oleh wanita yang sudah mahir menenun kerana kain kategori ini adalah paling rumit untuk ditenun malah motif-motifnya kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang kaum Iban.

Pembuatan pua kumbu harus mengikut keserasian penenun dengan motif atau corak. Maksudnya, jika seseorang itu berkeras untuk menghasilkan motif pua kumbu di luar kemampuannya dipercayai akan 'memakan diri' dan kain tidak akan pernah dapat dihasilkan.

Yang dimaksudkan dengan 'memakan diri' adalah di mana penenun akan jatuh sakit dan mengalami pelbagai halangan untuk menyiapkan tenunan pua kumbunya.

Namun, berbeza dengan penenun yang dikenali sebagai Master Weavers yang memperoleh motif serta corak melalui mimpi yang kemudiannya diterjemahkan dalam tenunan pua kumbu. Kain pua kumbu yang dihasilkan oleh Master Weavers bukan kain sembarangan kerana ia mempunyai semangat tersendiri dan kebanyakan motif yang digunakan adalah seperti ular, harimau, burung, rusa, lintah, lipan dan sebagainya.

Terdapat beberapa motif atau corak pua kumbu beserta maksudnya.
(i) Motif  Engkeramba
- Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkeramba ditenun dengan teknik ikat. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanaman dan penghuni rumah panjang. Basanya, motif ini hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Hal ini kerana mereka benar-benar mempunyai kemahiran menenun cara ikat.

(ii) Motif Fauna
- Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau, tikus kasturi, burung dan sebagainya.

a. Motif Buaya - dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi). Adalah kepercayaan kaum Iban bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka.

b. Motif Ular - tidak ditenun dengan sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu.

c. Motif Katak - ditenun dengan gaya seperti manusia. Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak. Selampai juga dikatakan mempunyai kuasa menciptakan bayi.

d. Motif Harimau dan tikus kasturi - motif harimau dan tikus kasturi sering dikarang dalam bentuk abstrak. Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini pernah dianugerahkan keberanian.

(iii) Motif Flora
- Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuk-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bunga-bungaan.

Selain itu, ingin saya memberitahu anda bahawa motif ini hanya akan wujud selepas seseorang penenun mendapat mimpi daripada 'seseorang'. Motif yang disampaikan melalui mimpi tersebut akan diterjemahkan ke dalam tenunan pua kumbu. Kebiasaanya, hanya penenun tersebut dan juga wanita mahir sahaja yang memahami apa maksud yang ingin disampaikan di dalam pua kumbu.


Di sini saya telah sertakan satu video yang bertajuk 'Woven Dreams' bagi memudahkan anda untuk memahami dengan lebih baik. Semoga terhibur. 
*rujukan video : https://www.youtube.com/watch?v=FzJRs3-mIv4

*bersambung.......


Pua Kumbu (in English)

Well, as I have promised. I will explain a bit about Pua Kumbu. But before I explain what is Pua Kumbu futher, allow me to introduce the background or origin of Pua Kumbu. 

Diagram 1 : Maps of Sarawak
Diagram 2 : Iban Traditional Costumes
Diagram 3 : Iban People
Diagram 4 : Iban People

For your information, pua kumbu is the one of handicrafts that produced by Iban people in Sarawak. Iban people is the largest community in the state Land of the Hornbills. Iban people is not concentrated in rural areas only. Now most of Iban people migrated to the big cities like Kuching, Miri, Bintulu and so on. This is due to the demands of work and educational opportunities.

Whats mean by 'Pua Kumbu'?
I am sure, many of you never know about this Pua Kumbu. So, no doubt why I have chosen this topic as my task.

In the Iban community, 'Pua' means 'blanket' while 'kumbu' means 'veiled or refuge'. This mean, Pua kumbu is use by Iban people as a blanket that they believe can protect them from all things bad or evil.

In the past, pua kumbu used only in certain periods. Iban women also wove intended for specific purposes such as to 'greet head' which refers heads or skulls of enemies those successfully beheaded by her husband or lover after them went hunting or war. In addition, pua kumbu also used in ceremonial bathing the baby, weddings, funerals, rituals ngayau and so on. Therefore, pu kumbu is very exclusive and mystical for the Iban community.

Iban people also strongly believe that with the use of this pua kumbu during the ceremony medication can be wall shield themselves from any disaster that can affect their health.

In addition, weaving pua kumbu is among the most complex to be woven by Iban women. This is because pua kumbu is the one of woven that very delicate arts that need a skill.

Generally, pua kumbu is a traditional legacy of the Iban who have been handed down from generation to generation. Pua kumbu is considered by Iban people as a valuable and precious. Not only because of the subtlety of his art but also due to the inherited from the ancestors of yore. All I can say is, the longer it ages of pua kumbu then, the higher its value.

Selasa, 17 Mac 2015

Pua Kumbu


Baiklah, seperti yang telah saya janjikan. Saya akan menerangkan serba sedikit mengenai Pua Kumbu ini. Tetapi sebelum saya menerangkan apa itu Pua Kumbu dengan lebih lanjut, izinkan saya untuk memperkenalkan latar belakang ataupun asal usul Pua Kumbu.


Rajah 1 : Peta Sarawak

Rajah 2 : Pakaian Tradisional Iban
Rajah 3 : Orang Iban


Rajah 4 : Orang Iban
Untuk makluman kalian, Pua Kumbu ini adalah salah satu hasil seni kraftangan yang dihasilkan oleh kaum Iban di Sarawak. Seperti yang kalian ketahui, kaum Iban merupakan kaum yang terbesar di negeri Bumi Kenyalang. Kaum Iban tidak hanya tertumpu di kawasan pendalaman sahaja. Kini kebanyakan kaum Iban berhijrah ke kawasan bandar-bandar besar seperti Kuching, Miri, Bintulu dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana disebabkan tuntutan kerja dan juga peluang pendidikan.

Apa itu 'Pua Kumbu'?
Saya pasti, ramai di antara kalian yang tidak pernah mengetahui tentang Pua Kumbu ini. Maka, tidak salah lagi mengapa saya telah memilih tajuk ini sebagai tugasan saya kali ini.

Dalam masyarakat Iban, 'Pua' itu membawa maksud 'selimut' manakala "kumbu' pula membawa maksud 'bertudung atau berlindung'. Maknanya di sini, Pua Kumbu bermaksud selimut yang digunakan kaum Iban untuk berlindung daripada segala benda buruk mahupun malapetaka yang ingin menimpa keluarganya.

Tujuan pua kumbu ditenun?
Pada masa dahulu, pua kumbu ini hanya digunakan pada masa tertentu sahaja. Wanita Iban juga menenunnya bertujuan untuk keperluan tertentu misalnya untuk 'menyambut kepala' yang merujuk kepala atau tengkorak musuh yang berjaya dipenggal oleh suami atau kekasih mereka selepas keluar berburu ataupun berperang. Selain itu, pua kumbu juga turut digunakan dalam upacara memandikan bayi, upacara perkahwinan, upacara kematian, upacara ritual ngayau dan sebagainya. Oleh sebab itu pua kumbu ini dianggap sangat eksklusif dan bersifat mistik bagi masyarakat Iban.

Orang Iban juga sangat percaya bahawa dengan penggunaan kain pua kumbu ini semasa upacara pengubatan dapat menjadi perisai yang mendinding diri bomoh daripada terkena sebarang musibah seperti terkena penyakit dan juga gangguan.


Selain itu, bagi pengetahuan kalian, tenunan pua kumbu ini merupakan antara tenunan yang paling rumit untuk ditenun oleh wanita Iban. Hal ini kerana pua kumbu merupakan salah satu daripada tenunan pua yang sangat halus seninya, malah amat memerlukan kemahiran serta kepantasan.

Secara umumnya, pua kumbu adalah suatu warisan tradisional bagi kaum Iban yang telah diwarisi sejak turun-temurun. Pua kumbu ini dianggap oleh kaum Iban sebagai warisan yang amat bernilai dan berharga. Bukan hanya kerana kehalusan seninya tetapi juga ekoran ia telah diwarisi daripada zaman nenek moyang dahulu kala. Boleh saya katakan, semakin lama usia suatu pua kumbu itu maka, makin tinggi nilainya. 

*bersambung..........

Jumaat, 13 Mac 2015

Bermulanya penjelahan yang baru!

hai stalker :-)
jangan marah. tak semestinya "stalker' tu maksudnya jahat. kannn? heheh
hmm okay. nak mulakan dari mana ek? lamanya dah tak update blog. tetiba harini rasa nak update pulak. heheh

minggu ni dah masuk minggu ke-3 saya kuliah dan bermula lah kehidupan seperti biasa. apa lagi, study laa kan?! dengan assignment yang makin bertimbun-timbun. hmmm.
tak susah jadi student nih. tapi tak laa saya kata senang. hahaha. dalam kehidupan sebagai seorang pelajar nih, banyak cabaran yang kena kita hadapi. kita akan sentiasa tempuh benda yang baru bahkan tak pernah kita terpikir pun! tak heran laa. dah lumrah. lagipun kata nak timba ilmu sangat kan? haa. apa lagi. kena tempuhi jugak laa. heheh

tapi kann. serius saya cakap, tak mudah tau nak tempuh sesuatu yang kita sendiri tak biasa nak buat. perasaan risau, gelisah, takut dan macam-macam perasaan lagi akan timbul. benda macam nih dah biasa jadi kat saya. dah lali dah. heheh. mula tu, memang laa risau, tipu laa kalau saya cakap saya terima dengan tenang semua perkara. saya pun manusia jugak tau. macam you! hahaha

okay okay. balik kepada topik. kang melalut pulak saya kat blog nih.
bila nak dijadikan cerita, saya dan rakan se'coursemate bagi kursus pengurusan muzium, arkib dan galeri telah ditugaskan oleh pensyarah untuk melakukan assignment yang bertopikkan 'online exhibition'. hmmmm. bila dengar je ayat tu, saya pun terpikir. apa tu?????? haaa. korang rasa apa? heheh

baiklah, saya terangkan serba sedikit mengikut kefahaman saya sendiri. 'online exhibition' tu di mana kita membuat satu akaun, misalnya blog. Dengan blog nih, kita cuba mencari satu tajuk yang menarik, tak kisah laa nak buat apa. tetapi kami telah ditugaskan memilih satu topik yang berkait rapat dengan kursus.

selepas pemilihan topik, maka kita kena fikirkan output yang kita dapat, bagaimana ia dapat menarik pelawat yang menerjah blog kita. Dan bila ramaiiiii.... sangat pelawat yang berkunjung ke blog kita, maka ia adalah suatu kejayaan! Untuk mencapai pengunjung yang ramai, maka kena usaha lebih! bergantung pada diri bagaimana kita menghias blog dan sebagainya.
haaaa. paham tak? heheh

dalam tugasan nih, saya telah pun memilih satu topik yang sangat menarik. Topik yang saya pilih nih sangat 'rapat' dengan adat, budaya dan tradisi saya. senang cerita, 'rapat' dengan kehidupan saya. nak tau apa?????? jeng jeng jengggggggg!

ehhh apa tu???
haaaa tulaa "PUA KUMBU"
pernah dengar tak? mesti tak pernah dengar kan kan kannn? tu angguk-angguk. heheh.

jadi dah tau kan apa topik yang saya pilih?? sudah semestinya "Pua Kumbu" menjadi pilihan hati. saya pasti ramai lagi masyarakat di Malaysia yang masih tak tau mengenai seni kraftangan nih.
dan itulaa tujuan saya memilih topik pua kumbu sebagai tugasan saya kali nih. satu kebanggaan buat saya apabila dapat berkongsi ilmu dan juga warisan orang Iban kepada semua pembaca.

Nak tau lebih mendalam mengenai "Pua Kumbu" nih? haaa. senang je. Scroll mouse tu ke atas dan cari topik "pua kumbu" then klik!