Baiklah, seperti yang telah saya janjikan. Saya akan menerangkan serba sedikit mengenai Pua Kumbu ini. Tetapi sebelum saya menerangkan apa itu Pua Kumbu dengan lebih lanjut, izinkan saya untuk memperkenalkan latar belakang ataupun asal usul Pua Kumbu.
Rajah 1 : Peta Sarawak |
Rajah 2 : Pakaian Tradisional Iban |
Rajah 3 : Orang Iban |
Rajah 4 : Orang Iban |
Untuk
makluman kalian, Pua Kumbu ini adalah salah satu hasil seni kraftangan yang
dihasilkan oleh kaum Iban di Sarawak. Seperti yang kalian ketahui, kaum Iban
merupakan kaum yang terbesar di negeri Bumi Kenyalang. Kaum Iban tidak hanya
tertumpu di kawasan pendalaman sahaja. Kini kebanyakan kaum Iban berhijrah ke
kawasan bandar-bandar besar seperti Kuching, Miri, Bintulu dan sebagainya. Hal
ini berlaku kerana disebabkan tuntutan kerja dan juga peluang pendidikan.
Apa itu 'Pua Kumbu'?
Apa itu 'Pua Kumbu'?
Saya
pasti, ramai di antara kalian yang tidak pernah mengetahui tentang Pua Kumbu
ini. Maka, tidak salah lagi mengapa saya telah memilih tajuk ini sebagai
tugasan saya kali ini.
Dalam
masyarakat Iban, 'Pua' itu membawa maksud 'selimut' manakala "kumbu' pula membawa maksud 'bertudung atau berlindung'. Maknanya di sini, Pua Kumbu bermaksud selimut yang digunakan kaum Iban untuk berlindung daripada segala benda buruk mahupun malapetaka yang ingin menimpa keluarganya.
Tujuan pua kumbu ditenun?
Pada masa dahulu, pua kumbu ini hanya digunakan pada masa tertentu sahaja. Wanita Iban juga menenunnya bertujuan untuk keperluan tertentu misalnya untuk 'menyambut kepala' yang merujuk kepala atau tengkorak musuh yang berjaya dipenggal oleh suami atau kekasih mereka selepas keluar berburu ataupun berperang. Selain itu, pua kumbu juga turut digunakan dalam upacara memandikan bayi, upacara perkahwinan, upacara kematian, upacara ritual ngayau dan sebagainya. Oleh sebab itu pua kumbu ini dianggap sangat eksklusif dan bersifat mistik bagi masyarakat Iban.

Orang Iban juga sangat percaya bahawa dengan penggunaan kain pua kumbu ini semasa upacara pengubatan dapat menjadi perisai yang mendinding diri bomoh daripada terkena sebarang musibah seperti terkena penyakit dan juga gangguan.
Selain itu, bagi pengetahuan kalian, tenunan pua kumbu ini merupakan antara tenunan yang paling rumit untuk ditenun oleh wanita
Iban. Hal ini kerana pua kumbu merupakan salah satu daripada tenunan pua yang
sangat halus seninya, malah amat memerlukan kemahiran serta kepantasan.
Secara
umumnya, pua kumbu adalah suatu warisan tradisional bagi kaum Iban yang telah
diwarisi sejak turun-temurun. Pua kumbu ini dianggap oleh kaum Iban sebagai
warisan yang amat bernilai dan berharga. Bukan hanya kerana kehalusan seninya
tetapi juga ekoran ia telah diwarisi daripada zaman nenek moyang dahulu kala.
Boleh saya katakan, semakin lama usia suatu pua kumbu itu maka, makin tinggi
nilainya.
*bersambung..........
*bersambung..........
Waahh . Menarik ^_^ ini lah adat kami .
BalasPadam